Tips Melabur Cara ZamSaham

Bagaimana Nak Pilih Saham?

Lihat makro ekonomi then kaji micro ekonomi?

ahh...ini semua pening. Kau bukan nak jadi pakar ekonomi. Kau hanya nak UNTUNG

Dalam pelaburan saham terdapat 3 cara kajian

Fahamkan satu persatu ya.

📌Fundamental Analisis:
===================
1.Mengkaji Latar belakang syarikat seperti teras perniagaan, organization structure, projek ditangan atau kontrak yg bakal diperolehi.

2. Maklumat dari penyata kewangan seperti Profit & Loss Account dan Balance Sheet juga di rujuk. Keupayaan anda menganalisa P/E ratio, Debt To Equity,Dividend Yield,Current Ratio dan Acid Test Ratio adalah satu kelebihan.

3.Anda boleh layari maklumat di Platform saham Rhb, di website syarikat atau di Annual Report untuk rujukan Fundamental Analisis. Hadir ke Agm dan bertemu sendiri dengan CEO dan para director juga amatlah baik.

4.Pendek cerita
pilih saham yang anda kenal, yang anda paling faham dan sektor perniagan yg anda suka.

5.Cari syarikat yg UNTUNG atau berpotensi untuk Untung.Sebab bila untung semua Ratio akan kearah positif serta aliran tunai menjadi kuat.

6.Cari Yang P/E dibawah 10 dan Dividend Yield diatas 5.
(tetapi P/E tinggi atas 10 bukanlah beerti tak bagus sebab growth syarikat adalah berbeza-beza)

7. Maklumat fundamental adalah maklumat yg terlewat, termasuk berita yg dihidangkan kepada anda. Maka rujuk TA untuk memantapkan kajian.

📌Teknikal Analisis:
===============
1. Sebagai short cut untuk faham Sentiment emosi pelabur ghairah takut gembira,pasaran saham Bullish atau Bearish,kedudukan keuntungan syarikat dalam keadaan baik atau buruk,anda boleh gunakan Teknikal Analisis.

2.Rujuk Carta di Platform Saham RHB dengan dimulakan dengan carta yg kurang sensitif pada weekly atau monthly untuk ketahui kedudukan sebenar arah trend.

3. Bila anda apply TA, anda percaya kepada sejarah kan berulang, semua pergerakkan harga saham ada bentuk pattern,dan bergerak dalam trend serta harga sudah absorb berita, peristiwa secara kebetulan atau berkaitan yg dipanggil Price Discount Evertything.

4.Ada tak kurang 200 jenis indikator didalam dalam kajian TA, faham 2 atau 3 indikator sudah cukup kerana yg mengerakkan indikator saham adalah harga saham.
Ingat yang mengerakkan harga saham pula ada tindak balas pelabur runcit dan institusi akan potensi untung rugi perniagaan sesuatu saham syarikat.

5.Harga bergerak dahulu dan serap semua berita yg ada secara kebetulan atau berkaitan dipanggil Price Discount Everything. Rujuk pasaran Dow Jones, berita semasa Bloomberg semua adalah baik,tetapi Jangan diikut sangatsebab akan menganggu kosentrasi anda pada kajian carta anda.

6. Kuasai Support/ Resistant. Buatlah latihan sebanyak mungkin ketika pasaran saham sedang tutup dan semak tindakbalas harga ketika pasaran saham sebenar.Kajian dan keputusan saham dibuat awal dan bukan ketika berlangsung.

7.Kurangkan tengok screen saham sebab emosi anda akan berkecamuk dan 9 dari 10 pelabur sebab suka sangat tengok screen saham dari pagi sampai ke petang.

8. Jangan kejar harga saham,masuk ketika senyap pada permulaan trend. Rujuk pada Stochactic yg berada pada kawasan oversold dan pada masa sama RSI yg lebih tinggi pada short term chart untuk setup Entry.

9.Setiap kali beli pastikan harga berada di mana.Jika anda konservatif anda boleh beli jila harga Lebih tinggi berbanding sebelumnya. Jika tidak masuklah di kawasan support. Keupayaan anda mengenal jenis Reversal Candlesticks juga satu kelebihan.

10. Jika trend saham yg anda beli menaik dan trending,gunakan support trendline sebagai rujukan support.

11. Kat mana nak jual.Jual di kawasan resistant mega,Jual ketika pecah support,jual jika indicator seperti MA, MACD atau Bollingerband menunjukkan signal sell, jual sikit dan semakin banyak ketika orang semakin ghairah dan overconfident dengan sesuatu saham.Time gini tunggu ja,kat resistant mega sebelum kejatuhan. Covid19,inshaAllah saya janga V shape recovery pada kebanyakkan saham dah mula nampak kebenarannya.
Alhamdulillah.🏁🚩

12.Gunakan TA untuk mencari timing terbaik untuk membuat pembelian besar besaran ketika krisis,seperti di musim Covid19,Gawat dan sebagainya. Kepanikkan pelabur seringkali berada pada waktu yg salah.

📌Sentiment Analisis:
=================
1.Mengenalpasti sikap pelabur saham adalah satu kelebihan.

2.Duit akan berpindah tangan dari orang yang tak sabar kepada yg sabar.

3.Seringkali pelabur runcit *ikut-ikutan* dan tersalah buat keputusan kerana *faktor sekeliling.

Okey, In sha Allah dilain waktu saya akan ulas panjang secara bersemuka sebab olahannya akan jadi simple.

bukan sebab pengalaman 20tahun
bukan sebab Pakar Saham FA dan TA.
Timing kena betul
Ikan berkocak di air yang kering.
air surut dan pasang.

Sekian

#zamsaham
14th April2020
#akubelimurah #vshape #UshapeRecovery
#kaubelimahal #saham6bulankedepan
#musimdokRumah #janganbuangmasa

Menarik Di Blog Cikgu Azman