Bagaimana Cara Menghilangkan Debar Dalam Pelaburan Saham

bagaimana cara menghilangkan debar dalam pelaburan saham

Topik ini agak menarik untuk dikupas dan merupakan masalah bagi kebanyakan 'retail trader & investor' mcm kita. Perkara ni pun berlaku pada aku masa mula-mula menceburi pelaburan Bursa Malaysia. Ini adalah ilmu yang aku dapat dari video 'zamsaham' sebab aku banyak belajar cara trading dan mengawal emosi dengan video-video dia.

Jadi, topik malam ni adalah 'bagaimana cara menghilangkan debar dalam pelaburan saham'

1. Mesti tahu latar belakang syarikat atau lebih dikenali sebagai FA syarikat- kene tahu syarikat niaga apa, syarikat buat untung atau x, background syarikat, CEO, pemegang saham dan lain2. Itu sebab aku mulakan setiap review kaunter aku dengan kaji serba sedikit tentang syarikat. At least ko tahu syarikat tu buat untung atau tak

2. Trend syarikat- uptrend?, sideways? or downtrend?..so korang kene ade ilmu untuk mengenalpasti trend ni. Kaji monthly, weekly and daily chart untuk tengok trend secara keseluruhan. 

Jangan guna timeframe yang laju seperti 5 minute and 1 minute. 15 minute pun xdisarankan sebab susah untuk tentukan trend.

3. Kene tahu paras support dan resistance: at least kenalpasti 3 paras support and 3 paras resistance. Cuba cari major support dan resistance pada weekly and monthly chart. 

4. Point ni paling penting, kene record and tulis dalam buku, buat postmortem setiap trade. Kena ada sebab yang kukuh kenapa beli dan jual kaunter tersebut. CATIT DALAM BUKU.

5. Cuba kurangkan tengok screen saham lama2- tengok pun just nak update harga sahaja (Bende ni agak susah, sebab kdg2 aku pun terjebak. Tapi insyaallah, kita cuba). Punca utama, sebab kita pegang terlalu byk kaunter saham. Macam aku, aku just maximumkan hnya 3 kaunter sahaja. Itu pun jarang. 

Ini adalah ringkasan video zamsaham yang aku tengok. Dan aku rasa ilmu ini ilmu mahal. Ilmu dari orang yang dah berjaya dalam saham. Moga kita boleh praktikkan. Moga bermanfaat😊

Menarik Di Blog Cikgu Azman