Zikir Tidurkan Anak
Sila tekan |> Play di bawah untuk mainkan video Zikir Tidurkan Anak
Lirik Zikir Tidurkan Anak
La Ilaha illallah
La Ilaha illallah
La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna 'ala dinil islam
(ulang semula dari atas)
Zikir tidurkan anak sering dipasang ketika anak hendak tidur hingga anak terlena. Bila kita sering amalkan maka akan jadi kebiasaan, pasang dari telefon pun ok tapi jauhlah sikit dari bayi sebab ada gelombang radiasi kan.
Maksud dan pengertian Ya zaljalali wal ikram Amitna 'ala dinil islam
“Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam”
Cara Tidurkan Bayi
Antara caranya, belajar mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan dia sudah letih.
Lihat tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah mengantuk. Adakah dia menggosok matanya, menarik telinganya atau menunjukkan lingkaran hitam di bawah matanya?
Ajar beza siang dan malam. Sesetengah bayi suka berjaga pada waktu malam dan kadangkala bayi akan berjaga apabila kita baru sahaja lena. Hari-hari pertama selepas kelahiran, kita tidak akan dapat menangani ini.
Tetapi apabila bayi dah berusia kira-kira dua minggu, kita sudah boleh ajar membezakan malam daripada siang.
Bila dia giat dan berjaga pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin, pastikan rumah dan bilik cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Hmmm si kakak memang suka buat bising dengan mainan dia, tak mengapa jangan bising sangat.
Jika dia suka tidur semasa sedang menyusu, kejutkan dia. Pada waktu malam, saya kurangkan bermain dengan baby.
Selalu pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, tak terlalu banyak bercakap dengannya.
Tidak lama lagi dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur. Berikan dia peluang untuk tidur dengan sendiri (jangan asik nak dukung je)
Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, boleh cuba memberi peluang kepada bayi untuk tidur dengan sendiri. Biasa dah saya latihnya tidur sendiri dengan tepuk-tepuk bontot dia.