Tips Rumah Tangga

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua...

Pertama, benda paling penting dalam kehidupan dan rumahtangga ni sebenarnya ialah solat. Kalau kehidupan kita tak berharta, tak berapa baik, tak berapa teratur, tak mengapa. Tapi berusahalah untuk solat 5 waktu. Walau terasa payah nak tunaikan solat tapi tolonglah paksa diri, keep fighting 💪🏼, solatlah jugak walau tak berapa khusyuk atau solat di akhir waktu. 

Kalau kehidupan kita sempurna sekalipun, jika kita abaikan solat, maka Allah akan abaikan kita. Janganlah pelik kenapa masalah kita belum selesai, malah bertimpa-timpa pula. Kita perkecilkan solat, jangan merungut kenapa kita nampak kecil di mata dunia. 

Kedua, ialah "mindset". Ramai yang kata pasangan berubah selepas berkahwin. Ya, memang betul. Sebab masa bercinta, hubungan tu cuma bersandarkan emosi. Tapi selepas kahwin, hubungan tu datang dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Nasihat akak, rendahkan "expectation". Kita bakal berkahwin (atau berkahwin) dengan orang yang tak sempurna. Lengkapilah dia. 

Ketiga, bagi tumpuan kepada rumahtangga sendiri. Jangan tengok langsung rumahtangga orang lain. Jangan dok "compare" suami orang lain atau isteri orang lain macam mana. Perisaikan diri kita dari tengok apa yang orang lain ada. Bukan sebab "jealous", atau iri hati. Cuma berpijak di bumi yang nyata. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Last but not least, kurangkan menuntut hak. Banyakkan memberi dan menunaikan hak. Percayalah, Allah akan balas dengan macam-macam jenis bahagia dan kesenangan di masa depan. Perkahwinan adalah ibadah. Gunakan perkahwinan untuk cari jalan-jalan mudah ke syurga, melalui 'harga' sabar dan memberi yang tinggi. Perkahwinan juga adalah lubuk pahala, dan "investment" yang takkan rugi kerana Allah janjikan pelbagai ganjaran terhadap segala penat lelah yang suami isteri lakukan. Tiada satu pun perbuatan kita yang sia-sia.  

Kadang-kadang dari pengalaman kita orang lain akan dapat pengajaran. Sama-sama kita belajar. Akak pun masih belajar. Ambillah jika ada sisi yang baik dan "ignore the rest". 

🥰♥️

Menarik Di Blog Cikgu Azman