Contoh Surat Perjanjian Jual Beli Tanah Pertanian


Berikut merupakan contoh surat perjanjian jual beli tanah pertanian di antara 2 orang pembeli dengan 3 orang penjual. Tanah ini merupakan tanah pertanian yang mempunyai banyak nama.


PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI……..BULAN……..TAHUN………


DI ANTARA

 

PEMBELI PERTAMA

Tandatangan:…………………………………….

Nama:……………………………………………………………………

No. K/P:………………………………………….....

No. Tel:.................................................


PEMBELI KEDUA

Tandatangan:…………………………………….

Nama:……………………………………………………………………

No. K/P:………………………………………….....

No. Tel:.................................................

  

Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)


DAN

 

PENJUAL PERTAMA

Tandatangan:…………………………

Nama:…………………………………………………………………………………….

No. K/P:…………………………………

No. Tel:......................................

Luas tanah: …………………..


PENJUAL KEDUA

Tandatangan:…………………………

Nama:…………………………………………………………………………………….

No. K/P:…………………………………

No. Tel:......................................

Luas tanah: …………….


PENJUAL KETIGA

Tandatangan:………………………….

Nama:…………………………………………………………………………………….

No. K/P:…………………………………..

No. Tel:......................................

Luas tanah: …………………..


Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA seperti berikut:-

Jenis dan No Hakmilik: ………..

No Lot: ……………….

Luas tanah keseluruhan: ………………


Perkara 1 > HARGA

Jual beli tanah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga sebanyak berikut:- RM62,400.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia Enam puluh dua ribu empat ratus ringgit sahaja)


Perkara 2 > CARA PEMBAYARAN

PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk tanah yang dibelinya secara tunai iaitu sebanyak RM10,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.


Perkara 3 > BAKI BAYARAN

PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM52,400 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Lima puluh Dua Ribu Empat Ratus Ringgit sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.


Perkara 4 > JAMINAN DAN SAKSI

PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah yang dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Tandatangan saksi:…………………………………….

Nama:……………………………………………………………………………………..

No. K/P:………………………………………….....

No. Tel:.................................................

 

Perkara 5 >  PROSES PINDAH MILIK

PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas kepemilikan hak tanah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.


Perkara 6 > PENGESAHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.


Perkara 7 > HAL-HAL LAIN

Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.


Perkara 8 > PENUTUP

Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak serta ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.


Menarik Di Blog Cikgu Azman