Resepi Maggi Kari Soya
Bahan-bahan: (1 orang makan)
- 1 bungkus mi segera
- 1 kotak minuman soya (250ml)
- 1 butir telur
- 2 tangkai cendawan
- 1 batang daun bawang
- 1 sudu besar biji bijan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 keping nori
- 1 sudu besar chili oil
Cara² Memasak
Boleh gunakan apa-apa jenama mi segera, asalkan perencah berkuah. Saya suka guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain tu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.
Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan air sebanyak secawan (250ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang, atau apa-apa cendawanlah.
Kemudian pecahkan telur ke dalam cawan yang berisi 200ml air (bersahur bilik). Ni kita nak buat telur rebus tanpa kulit.
Masukkan mangkuk dan cawan tadi dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), dan letak pemasa selama 1 1⁄2 minit. Kadang-kadang perlu 2 minit. Bergantung jenis microwave.